Sunday, October 2, 2011

Sejarah Perbankan Syariah dan Penyebaran Ekonomi Syariah di Asia Tenggara

Muqaddimah
Jika kita perhatikan operasi perbankan yang wujud pada hari ini, sebenarnya sejarah perbankan syariah di Asia Tenggara telah bermula sejak kemasukan agama Islam ke rantau ini. Sebagai contoh, jual beli hutang adalah salah satu bentuk jual beli yang tidak diketepikan perbahasannya oleh para ulama penulis zaman silam. Bahkan di rantau ini (Nusantara) seorang ulama terkemuka zaman keemasan Islam pada Abad Ke-17 telah membahas dan menuliskannya dalam kitabnya yang unggul sebagai khazanah Nusantara, Mirat at-Tullab Fi Tashil Ma’rifah al-Ahkam al-Syar’iyyah Lil Malik al-Wahhab. Setidaknya Syeikh Abdul Rauf Sinkel (1615-1693) penulis kitab ini telah menyentuh pembahasan jual beli hutang dalam tiga pertanyaan. Pertama: “Jika bertanya seseorang, adakah harus pada hukum syara’ seseorang menukarkan piutang dengan sesuatu yang lain daripada piutang atau tiada?” Kedua “Jika bertanya seseorang, apabila haruslah pada hukum syara’ menukarkan piutang dengan yang lainnya seperti syarat yang tersebut itu, betapa pula hukum berjual piutang dengan sesuatu kepada orang yang lain daripada yang berhutang, adakah harus atau tiada?” Ketiga: “Jika bertanya seseorang, maka apabila tiadalah diharuskan oleh syara’ menjual piutang dengan piutang dan menjual mata benda yang belum diterima akan dia seperti yang tedah tersebut itu, betapa pula hukum jika seseorang menukarkan piutangnya yang bertangguh dengan piutang yang tunai, adakah baginya pada hukum syara’ yang demikian itu atau tiada?”
Jadi istilah ’banking without bank’ dalam koteks perbankan syariah sudah berakar di bumi nusantara ini sejak lama.

Perbankan Syariah di Asia Tenggara

Pada hari ini, sejarah perkembangan perbankan syariah di Asia Tenggara mempunyai corak baru yang disesuaikan dengan peredaran zaman. Secara perundang-undangan, Filipina merupakan negara pertama di ASEAN yang telah membuat regulasi perbankan syariah melalui Undang-Undang Republiknya No 6848. Dalam kertas kerja penulis berjudul ”The Development of Islamic Bank Law in Asia” yang dibentangkan di the 3rd ASLI Conference di East China University of Politics and Law, Shanghai, Cina ada disebutkan: “It is interesting to note that the Philippines was among the first countries those have a regulation on the operation of Islamic banking through The Philippine Amanah Bank (PAB) that was established in l973 by Presidential Decree No 264 amended by PD 542 as a specialized banking institution without reference to its Islamic character in the bank's charter. The establishment of the PAB was a response by the Philippines Government to the Muslim rebellion in the south, designed to serve the special banking needs of the Muslim community.
Di sini penulis ingin menspesifikasikan terlebih dahulu mengenai definisi perbankan syariah seperti yang termaktub dalam beberapa undang-undang perbankan syariah iaitu:
any company which carries on Islamic banking business and holds a valid licence; and all the offices and branches in Malaysia of such a bank shall be deemed to be one bank; “ (Malaysia 1983, Section 2)
It is also defined by more specific words
“Islamic Banks exercise the activities pertaining to banking business, and any activities considered by the Law of Commerce or by customary practice as banking activities, in compliance with the Islamic Shari'ah principles,” (Kuwait 2003, Article 86)
Or
 “Islamic banks are banks whose Articles of Association require them to comply, in their operations, with the provisions of Islamic Law (Sharia), particularly with the prohibition to pay or receive interest. Unless otherwise specified in this Law, Islamic banks shall be governed by all legal and regulatory provisions in force in Lebanon, particularly those related directly or indirectly to banks, including the Code of Land Trade, the Code of Money and Credit, and the Banking Secrecy Law.” (Lebanon 2004, Article 1)
From the above extract Islamic bank is:
·    A company or institution or legal person that has an operational license from the authority
·    Doing business relating to bank and non bank transactions
·    Such business must be in accordance with Islamic teachings
Secara umumnya, kita bisa melihat perkembangan perbankan syariah di Asia Tenggara dengan memperhatikan perkembangan sistem perundang-undangannya yang berikut:

NO
COUNTRY
LAW/REGULATION
ENFORCMENT YEAR
REMARK
1
Brunei Darussalam
1.   Tabung Amanah Islam Brunei, TAIB Act (Cap 163) Hereinafter called as ‘Brunei 1991’
2.   Islamic Banking Act (Cap 168) hereinafter called as ‘Brunei 1992’



1991






1992
These Acts regulate Islamic Financial institutions in Brunei Darussalam. They contain provisions on the licensing of Islamic banks and other financial institutions, financial requirements and duties of Islamic banks, ownership, control, management, business restrictions. they also contain consequential amendments to other laws.
2
Indonesia
·      Act of the Republic of Indonesia number 7 of 1992 concerning banking as amended by act Number 10 of 1998. hereinafter called as ‘Indonesia 1998’
·      Bank Indonesia regulation: Monthly Report for Shariah Banks
·    Bank Indonesia regulation: short-term financing facility for Shariah Banks
·    Bank Indonesia regulation: Earning Asset Quality for Shariah Banks
·    Bank Indonesia regulation: Conversion of Conventional Commercial Bank operations to commercial banks based on Shariah principles


1998

The blueprint contains strategic objectives to be achieved over the next ten years in the field of Islamic finance in the country. The initiatives are categorized under four headings: Shariah compliance, regulatory and supervisory instruments quality improvement, operational efficiency support, and systemic stability support.

3
Malaysia
·    Islamic Banking Act 1983. hereinafter called as ‘Malaysia 1983’
·    Banking and Financial Institution Act 1989. hereinafter called as ‘Malaysia 1989’


1983








1989
These Acts regulate Islamic banking either pure or window system in Malaysia. They contain provisions on the licensing of Islamic banks, financial requirements and duties of Islamic banks, ownership, control, management, business restrictions. they also contain consequential amendments to other laws.
4
The Philippines
·    Republic Act No. 6848. hereinafter called as ‘Philippines 1990’


1990
It is known as the "Charter of Al Amanah Islamic Investment Bank of the Philippines.

The Manual contains regulations on Islamic banking approved by the Monetary board through Resolutions 161 and 244 on February 14 and March 6, 1996. The regulations touch on several issues: purpose of the bank, functions of the Shariah Advisory Council, powers of the bank, return on investment funds, auhtorized operations, investment risk funds, accounting and training of personnel. The section on Islamic banking runs from page 625 to page 645 (Appendix 44)

5
Thailand
Islamic Bank of Thailand Act B.E. 2545. hereinafter called as ‘Thailand 2002’

2002
This law paved the way for the establishment of the first full-fledged Islamic Bank in Thailand. It contains provisions relating to the establishment and capital of the bank, its purpose, governance structure, supervision, operation, control, audit, report and inspection.
6
Singapore
Bank Act amended 2003
2005
The Banking Regulations issued under the Banking Act have been amended so that, with effect from 29 September 2005, banks in Singapore have been able to offer an important form of Islamic finance known as Murabaha. Murabaha (which essentially involves the bank purchasing the relevant asset and selling it to the customer on “cost-plus” deferred payment terms) is commonly used for short-term financing and in trade finance. The amendment was necessary as, pursuant to section 30 of the Banking Act (Cap 19, 2003 Rev Ed), banks in Singapore were not allowed to engage in non-financial businesses
(including trading).

Pengalaman Malaysia
Sejarah awal perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman. Faktor-faktor luaran adalah dengan tertubuhnya Bank Islam yang pertama iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975.
Pada tahun 1976 hingga 1985, penubuhan secara pesat institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menukarkan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam.
Faktor dalaman juga memainkan peranan yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam. Ianya disebabkan oleh gesaan masyarakat Islam di Malaysia ke arah penubuhan bank Islam ekoran kejayaan bank-bank Islam di Timur Tengah.
Di samping itu, ia juga dapat dilihat menerusi kejayaan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan yang disegani yang telah terbukti kejayaannya yang merupakan institusi simpanan Islam.
Selain daripada itu, ianya juga disebabkan oleh kesedaran dan sikap pro-aktif kerajaan Malaysia untuk menyediakan satu saluran perbankan alternatif kepada umat Islam.
Kesemua faktor-faktor ini telah membawa kepada beberapa perkara penting yang telah dilaksanakan. Antara pelaksanaan yang telah dilakukan ialah penggubalan Akta Bank Islam 1983, penggubalan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan penubuhan Bank Islam pertama di Malaysia pada tahun yang sama.

Akta Bank Islam 1983 (ABI)

Akta Bank Islam 1983 telah memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengawalselia dan memantau bank-bank Islam. Antara ciri-cirinya ialah lesen perbankan universal kepada Bank Islam untuk menjalankan urusan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan syariah.
BNM juga perlu menjalankan pemeriksaan on-site secara berterusan iaitu dengan mengaudit setiap urusan perbankan Islam.
BNM juga perlu membuat penilaian dan kelulusan akaun tahunan bagi bank-bank Islam termasuk pembukaan cawangan-cawangan baru.
ABI juga memberi penekanan di atas pematuhan kepada keperluan pengawal seliaan iaitu seperti CAR, SRR dan LRR.
Bank-bank Islam juga perlu mengemukakan data statistik secara berterusan kepada BNM. Bukan itu sahaja, bank-bank Islam perlu menubuhkan jawatankuasa dalaman syariah dalam setiap penubuhannya.

Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK)

Akta ini membolehkan kerajaan mengeluarkan sijil atau bon Pelaburan Kerajaan berdasarkan prinsip Islam.
Tujuannya supaya membolehkan bank-bank Islam mematuhi keperluan mudah tunai dan melabur lebihan dana yang tidak digunakan secara sementara.
Antara jenis bon kerajaan yang dikeluarkan setakat itu ialah Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang ditubuhkan sejak 1983 berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

Penubuhan BIMB pada tahun 1983

Penubuhan BIMB dalam bulan Julai 1983 sebagai Bank Islam pertama merupakan langkah awal atau peringkat pertama perbankan Islam.
Operasi-operasi BIMB dari tahun 1983 hingga 1992 telah dianggap sebagai tahun-tahun monopoli kerana keputusan kerajaan untuk memberi tempoh 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, membenarkan BIMB beroperasi tanpa saingan yang boleh menjejaskan pertumbuhannya dan yang terakhir sekali memberi peluang kepada Bank Islam mencipta sebanyak mungkin produk perbankan Islam.
Manakala pada tahun 1990 pula, BNM telah menggariskan wawasan untuk mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang komprehensif dan beroperasi sebelah menyebelah dengan sistem kewangan konvensional.

Sistem Dwi Perbankan

Sistem Dwi Perbankan telah dipecahkan kepada dua pernyataan visi. Pernyataan visi yang pertama pada tahun 1990 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang komprehensif seiring dengan sistem kewangan konvensional.
Pernyataan visi yang kedua pula ialah pada tahun 2001 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang cekap, berkembang maju dan komprehensif yang dapat menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sektor kewangan Malaysia dalam mencapai keperluan ekonomi negara.
Sistem ini wujud disebabkan oleh sesebuah bank Islam tidak mencerminkan satu sistem perbankan kerana ia memerlukan peserta-peserta yang ramai ekoran daripada produk-produk yang banyak.
Dengan itu, umat Islam di Malaysia akan mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem perbankan yang selaras dengan agama mereka.
Bukan itu sahaja, ianya dapat menyediakan satu perbankan alternatif yang baru dan lebih luas kepada rakyat yang membolehkan masyarakat membuat pilihan produk secara Islam atau konvensional.
Sistem Dwi Perbankan juga ditubuhkan ekoran daripada penubuhan perantara-perantara kewangan yang baru untuk menyokong Sistem Dwi Perbankan di mana senarai produk kewangan Islam akan menjadi lebih komprehensif.
Akhir sekali, tahap kecanggihan produk dan perkhidmatan yang lebih tinggi dalam era Teknologi Maklumat dan persekitaran berasaskan ilmu pengetahuan dapat merangsangkan Sistem Dwi Perbankan.

DASAR-DASAR UTAMA

Pada tahun 1993, sistem perbankan Islam telah membuat satu pengenalan Skim Perbankan Islam (SPI) bagi Fasa 2. Skim Perbankan Islam ini sepanjang tempoh 1993 hingga 2000 telah mengambil langkah-langkah atau dasar-dasar yang utama dengan cara menubuhkan pasaran wang secara Islam, menzahirkan kewangan dengan sasaran 5 % serta memperluaskan cawangan perbankan Islam. Di samping itu ditubuhkan Majlis Penasihat Syariah sepusat dan Penubuhan Bank Islam yang ke 2 iaitu Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful. Di BNM juga terdapat Jabatan Perbankan Islam dan Takaful yang ditubuhkan.

a) Skim Perbankan Islam

Sebahagian daripada strategi untuk membangunkan sistem perbankan Islam ialah dengan mewujudkan jumlah peserta yang ramai. Antara kaedah yang paling berkesan untuk menyebarkan perbankan Islam kepada orang ramai ialah dengan menggunakan kos yang paling rendah dalam tempoh yang paling singkat. Di bawah SPI, institusi perbankan konvensional dibenarkan menawarkan produk perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia ada. BNM telah menggariskan panduan SPI di bawah BAFIA antara lain, seksyen 32 tidak membenarkan berurusniaga barangan yang haram seperti arak dan judi. Seksyen 124 pula telah memberi laluan kepada bank konvensional untuk menjalankan aktiviti perbankan Islam di bawahbahagian perbankan Islam. Skim ini bersifat voluntary dan tertakluk kepada semua garis panduan BNM.

b) Ciri-ciri Skim Perbankan Islam (SPI)

SPI ini adalah aktiviti sukarela dan BNM tidak memaksa semua bank menyertainya. Skim ini bersifat voluntary. Sekiranya bank konvensional menyertai SPI, mereka mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh BNM. Antara garis panduan yang telah ditetapkan oleh BNM ialah bank dikehendaki menubuhkan `Islamic Banking Division (Bahagian Perbankan Islam) dan mestilah diketuai oleh kakitangan Islam sekurang-kurangnya Penolong Pengurus Besar. Sementara itu, bank SPI mesti memperuntukkan dana perbankan Islam sebagai modal kerja bagi perbankan Islam.

Bank-bank SPI hendaklah mempunyai akaun semasa atau penjelasan secara Islam yang berasingan dengan BNM. Manakala kod keahlian bagi pemegang akaun SPI juga berasingan dalam RENTAS (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities).
Terdapat juga sistem penjelasan cek yang berasingan dalam SPICK (Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan). Bank SPI juga mestilah mempunyai pelaporan statistik yang berasingan dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).

c) Bank-bank Skim Perbankan Islam (SPI) dan Produk

Kini bilangan bank SPI yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak 9 kumpulan perbankan tempatan, Bank perdagangan : 9, Syarikat Kewangan : 8, Bank Saudagar : 5, Bank Asing : 4, Syarikat diskaun : 7 dan jumlah kaunter SPI adalah sebanyak 2,200 kaunter.

Bilangan produk pula mencapai angka lebih daripada 30 produk. Antaranya produk pengambilan deposit iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun pelaburan. Manakala produk pembiayaan pula terdiri daripada produk pembiayaan runcit, pembiayaan korporat dan pembiayaan perdagangan. Semua perkhidmatan di SPI adalah berdasarkan kepada yuran dan ia adalah sama dengan perkhidmatan perbankan biasa.

d) Langkah-langkah dasar utama yang diambil

1) Pasaran Wang Secara Islam

Pasaran wang secara Islam adalah pasaran yang pertama di negara ini di mana ia telah ditubuhkan pada bulan Januari 1994. Di dalam pasaran wang secara Islam ini terdapat dua komponen yang utama, iaitu;

i) Pelaburan Mudharabah Antara Bank
Pelaburan jenis ini membolehkan bank yang mempunyai lebihan dana melabur dalam bank yang kekurangan dana berdasarkan konsep Mudharabah. Biasanya tempoh matang pelaburan adalah sehingga 1 tahun dari tarikh mula melabur dan nisbah perkongsian untung telah dipersetujui bersama.

ii) Urusniaga nota Islam
Antara jenis nota yang ada di pasaran ialah IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada November 2000, BNM telah mmeperkenalkan instrumen baru iaitu Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, kaedah menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membelinya balik daripada pembeli secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga jualan.

Pasaran wang secara Islam telah mencatatkan pertumbuhan yang tinggi daripada RM2.1 billion pada tahun 1994 meningkat kepada RM301.9 billion pada akhir Disember 2000. Manakala jumlah urusniaga harian di antara RM3b RM4b.

2) Penzahiran Kewangan

Bank SPI merupakan model laporan kewangan di mana laporannya memasukkan penzahiran operasi perbankan Islam sebagai subset laporan utama. Contohnya Kunci Kira-kira dan Penyata Untung Rugi bagi operasi perbankan Islam dilaporkan di dalam Nota Akaun bagi memudahkan pendeposit atau pelabur membuat keputusan dan menilai prestasi SPI melalui jumlah aset, deposit dan pembiayaan perbankan Islam.

3) Sasaran 5 % oleh Bank Negara Malaysia

BNM telah memberi garis panduan kepada sektor perbankan Islam untuk menguasai pasaran dari segi aset sekurang-kurangnya 5 % sebelum akhir tahun 2000. Menjelang akhir 2000, industri perbankan Islam telah mencapai lebih daripada sasaran iaitu 6.9 % dan ini menunjukkan peningkatan terhadap pertumbuhan ekonomi seterusnya dalam sektor perbankan Islam.

4) Cawangan Perbankan Islam

BNM berhasrat untuk menambahkan lagi cawangan perbankan Islam di mana sektor ini memberi keuntungan yang lumayan. Justeru itu, BNM menggalakkan bank-bank SPI supaya membuka cawangan perbankan Islam sepenuhnya di mana sebanyak 9 cawangan SPI telah dibuka dan beroperasi di 122 cawangan bank-bank Islam.

5) Majlis Penasihat Syariah Sepusat

Bagi memastikan institusi perbankan Islam ini konsisten dan seragam maka BNM telah mengambil langkah menubuhkan Badan Penasihat Syariah Sepusat pada Mei 1997 bagi mengawasi dan mengawalselia SPI berada dalam landasan syariah Islam. Pada tahun 1997 juga BNM telah menubuhkan badan syariah yang terulung di Malaysia untuk industri perbankan Islam dan takaful yang terdiri daripada para ulama, ahli akademik dan pakar perbankan Islam. Dalam hal ini, Majlis Penasihat Syariah BNM saling bekerjasama dengan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

6) Bank Islam Kedua

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan Bank Islam Kedua yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1999. Penubuhannya adalah berikutan penggabungan BBMB dan BOCB. Kesemua asset perbankan Islam BOCB, BBMBK (Syarikat Kewangan) dipindahkan ke BBMB. Manakala asset konvensional BBMB dan BBMBK dipindahkan pula ke BOCB. Kini BBMB telah ditukarkan nama kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad. Di mana Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah menyerahkan lesen BAFIA dan kemudian dilesenkan semula di bawah Akta Perbankan Islam. Seramai 1,000 orang kakitangan BBMB, BOCB dan BBMBK diserapkan ke BMMB. Dengan modal berbayar berjumlah RM300 juta dengan pembukaan 40 buah cawangan peringkat permulaan.

7) Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan pelan induk perbankan Islam dan Takaful yang merupakan salah satu bahagian dalam Pelan Induk Sektor Kewangan yang dilancarkan pada 1 Mac 2001 dan satu lagi bab khusus untuk perbankan Islam dan Takaful. BNM telah menggariskan pelan yang strategik untuk perbankan Islam dan takaful untuk tempoh 10 tahun akan datang.

8) Penubuhan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT)

Sebagai langkah mewujudkan dasar-dasar utama maka ditubuhkan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful pada 2 Oktober 2000 untuk mencapai objektif peningkatan penembusan pasaran perbankan Islam dan takaful dalam sistem kewangan di Malaysia.

JPIT bertanggungjawab untuk merangka pelan strategik dan polisi-polisi yang sesuai untuk perbankan dan kewangan Islam yang berlandaskan syariah Islam.

PERKEMBANGAN BERKAITAN PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

Kejayaan pelaksanaan Perbankan Islam memberi kesan limpahan kepada pasaran kewangan dan lain-lain pengantara kewangan. Pasaran dan pengantara kewangan itu adalah:-
a) Syarikat-Syarikat Takaful
b) Pasaran Modal Islam
c) Ekuiti Modal Islam
d) Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam
e) AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
f) IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia)

a) Syarikat- syarikat Takaful

Syarikat-Syarikat Takaful yang ada pada masa sekarang adalah untuk melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi perbankan Islam. Syarikat-syarikat takaful ini dikawalselia di bawah perundangan yang berbeza dengan perbankan Islam iaitu, Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1984. Berikut adalah perkembangan terkini sektor takaful:-

1) Terdapat dua syarikat takaful, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB)
2) Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% dari tahun 1986 2000.
3) Jumlah takaful keluarga dan takaful am adalah di antara RM 2 juta pada tahun 1986 dan RM 1.2 bilion pada tahun 2000

b) Pasaran Modal Islam

Pasaran Modal Islam ini di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS) berjaya diwujudkan ekoran kejayaan sistem perbankan Islam. Elemen-elemen yang terdapat di bawah Pasaran Modal Islam ini adalah, Pasaran Ekuiti dan Pasaran Hutang Islam. Di bawah Pasaran Ekuiti terdapat Amanah Saham Islam, Indeks Islam BSKL, Kaunter Halal (MPS SS), Firma broker saham secara Islam dan Jendela broker saham Islam. Manakala, untuk Pasaran Hutan Islam pula, terdapat Bon Islam, Nota Dagang Islam, Bon Khazanah (bon tanda aras) dan Bon Mudharabah Cagamas. Pasaran Hutang Islam ini meliputi 28.5% daripada pasaran hutang swasta.

c) Pasaran Ekuiti Amanah Saham dan Broker Saham Islam

Terdapat 17 tabung Amanah Saham secara Islam di pasaran pada akhir 31 Mac 2000. Tiga tabung amanah ini dipegang oleh kerajaan dan 14 tabung lagi dipegang oleh pihak Swasta. Jumlah dana yang terkumpul adalah sebanyak RM 6.0 bilion.
Untuk Broker Saham Islam pula, terdapat sebuah firma broker saham Islam dan tiga jendela broker Saham Islam oleh syarikat-syarikar broker saham konvensional. Broker Saham Islam ini bertindak sebagai broker untuk membeli dan menjual saham yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SS)

d) Indeks Islam BSKL

Telah diperkenalkan pada April 1999. dan berfungsi adalah untuk menjejaki prestasi saham-saham yang berlandaskan syariah di dalam BSKL. Ianya dibina daripada kaunter-kaunter yang diluluskan oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti. Pada 27 April 2001, kira-kira 627 atau 78% daripada sekuriti-sekuriti yang diluluskan tersenarai di dalam BSKL.

e) AIBIM dan IBFIM

AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia Islamic Banking Institutions In Malaysia) terdiri daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan sistem perbankan Islam yang lain-lain. AIBIM merupakan pertubuhan institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk mengemaskini dan memantapkan lagi operasi perbankan Islam di Malaysia. Di samping itu, ianya juga menyeragamkan operasi sistem perbankan Islam di bank-bank Islam. AIBIM juga bertindak sebagai platfom untuk menyuarakan pandangan atau isu perbankan Islam secara kolektif khususnya kepada Bank Negara Malaysia (BNM)

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) adalah institut latihan untuk perbankan Islam dan syarikat kewangan Islam di Malaysia. IBFIM pada asalnya adalah BIMB Research and Training (BIRT), telah ditukar kepada IBFIM secara rasminya pada Februari 2001 dan juga dimiliki oleh seluruh industri Perbankan Islam. Matlamat utama IBFIM adalah untuk melahirkan golongan yang pakar dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam serta syariah.

Fiqh Mu’amalah sebagai asas operasi perbankan syariah

Dalam operasinya, perbankan syariah merujuk kepada fiqh mu’amalat. Sudah menjadi lazim di Nusantara bahwa tidak ada perbedaan penggunaan antara perkataan fiqh dan syariah bahkan yang terakhir disebut ini lebih dominan penggunaannya. Walhal, pada hakikatnya keduanya berbeda bahkan salah satu daripadanya adalah satu bahagian dari yang lain.
Fiqh telah ditakrifkan sebagai “pengetahuan berkenaan hukum syara’ amali atau praktikal menerusi ijtihad yang telah diambil dari dalil-dalilnya yang terperinci” manakala Syari’ah adalah “hukum hakam yang telah ditetapkan Allah Subhanahu wata’ala menerusi pengiriman rasul-rasul-Nya.” Dalam takrif Syari’ah ini termasuklah di dalamnya aqidah, akhlak dan fiqh. Aqidah berkaitan dengan keimanan, akhlak berkaitan dengan budi pekerti dan moral manakala fiqh berkaitan dengan hukum hakam perbuatan sehari-hari.
Perbuatan sehari-hari boleh dalam bentuk ibadat, mu’amalah, munakahat dan jinayah. Kesemua aspek ini telah memenuhi hajat manusia dan kebanyakan penulis Islam menyatakan bahwa ia melambangkan kelengkapan undang-undang syariah.
Melihat dengan lebih spesifik kepada mu’amalah, secara amnya perbahasan mengenainya amatlah luas kerana ia mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia yang bukan ibadat, munakahat, dan jinayat.  Mu’amalah telah ditakrifkan sebagai “hukum hakam syar’i yang berkaitan dengan kehidupan manusia seharian“ atau ia adalah “hukum hakam yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungannya dengan sesama mereka seperti dalam jual beli, gadaian, sewa menyewa, pertelagahan, keterangan, penghakiman dan seupamanya.”
Dengan pengertian di atas, fiqh mu’amalah boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Pertama, mu’amalah yang berkaitan dengan pemindahan milik iaitu jual beli, hibah, wasiat, ihya’ al-mawat, dan shuf’ah (penjualan paksa kerana perkongsian). Kedua, mu’amalah yang berkaitan dengan penggunaan manfa’at iaitu penyewaan, pinjaman dan waqaf. Ketiga, mu’amalah yang berkaitan dengan perkhidmatan iaitu perwakilan, ju’alah, musaqah, muzara’ah, muqharasah dan istisna’. Keempat, mu’amalah yang berkaitan dengan pelaburan iaitu wadi’ah dan syarikah. Kelima, mu’amalah yang berkaitan dengan dokumentasi iaitu gadaian (rahn), jaminan (kafalah), pemindahan hutang (hawalah). Keenam, mu’amalah yang berkaitan dengan pemeliharan hak iaitu ta’addi, ghasb, monopoli, hajr, bankrap, Isa, barang temuan (luqtah). Dan ketujuh, mu’amalah yang berkaitan dengan penyelesian hak dan pertelagahan iaitu tahkim, sulh, iqalah dan qismah.
Dalam mengimplementasi fiqh mu’amalat di perbankan syariah, kaedah-kaedah fiqh harus diperhatikan dan dijaikan patokan.
Qawa’id Fiqhiyyah yang terdiri dari dua kata sudah menjadi mercu tanda bagi satu ilmu dalam ilmu-ilmu Islam. Kedua-dua kata ini tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan, sifat-sifat keilmuannya akan samar-samar dan luntur. Ini kerana jika kita menyebut “qawaid” saja maka akan banyak pertanyaan diutarakan berkenaan dengan “apa?” begitu juga dengan “fiqhiyyah”. Tapi, jika disebut kedua-duanya para ilmuwan dan pencari ilmu akan mafhum maksudnya.
Qawa’id adalah kata jamak dari “qa’idah” yang mempunyai erti asal, asas atau dasar. Allah berfirman maksudnya ”dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah beserta Ismail (seraya berdo’a) ‘Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Qa’idah juga boleh membawa makna perempuan tua monopause. Fiman Allah maksudnya “Dan perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan hamil) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (luar yang jika dibuka tidak menampakan auratnya) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakan perhiasan dan lebih sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Walhal qawa’id berasal dari kata dasar qa’ada yang bererti duduk selepas berbaring.
Dalam istilah, qawa’id atau kaedah mempunyai erti hukum atau prinsip umum yang dengannya hukum atau kes-kes cabang diketahui (الحكم الكلي أو الأكثري الذي يراد به معرفة حكم الجزئيات) .  Sebagai contoh, “kaedah La Darar wala Dirar (Art. 19) iaitu tidak mudarat dan memudaratkan memberi maksud sesuatu tanggungan sivil itu haruslah bebas dari sebarang kemudaratan atau sesuatu yang membawa kepada kemudaratan. Manakala kaedah al-Darurah Tubihu al-Mahzurat (Art. 20) iaitu keadaan kecemasan menghalalkan sesuatu yang dilarang atau diharamkan kaedah ini memberi kelonggaran kepada sesuatu tanggung jawab sivil yang tidak dapat dielakkan dari dilaksanakan.”
Dengan pengertian cara atau aturan dan hukum atau prinsip, ilmu kaedah-kaedah fiqh telah ditakrif Ulama sebagai “suatu ilmu di mana menerusinya kaedah-kaedah dan aturan-aturan fiqh boleh diperkenalkan dan dimisalkan.”
Ada pendapat yang mengatakan bahwa kaedah-kaedah fiqh khususnya dalam penulisan undang-undang tidak ada makna. Pendapat ini diketengahkan oleh penulis-penulis Barat ketika memberikan tanggapan ke atas pemasukan 99 kaedah fiqh dalam Majallah al-Ahkam al’Adliyyah yang diwartakan kerajaan Othmaniah pada tahun 1877. “Pemasukan artikel-artikel sebegini dianggap oleh penulis-penulis Barat sebagai tidak memberi apa-apa makna dari sudut perundangan. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana sebagaimana kita maklumi penggunaan kaedah-kaedah fiqh dalam masalah furu’ merupakan salah satu ciri mazhab Hanafi. Oleh yang demikian tidak menghairankan jikalau penggubal Majallah memasukkan peruntukkan-peruntukkan tersebut kerana terpengaruh dengan aliran pemikiran fiqh Hanafi.”
Bagaimana boleh dikatakan bahwa Qawa’id Fiqhiyyah tidak memberi apa-apa makna dalam perundangan padahal ia adalah inti sari dari perundangan Islam sendiri. Al-Suyuti (w. 911H) berkata selepas menjelaskan kedudukan ilmu Fiqh dan ulamanya “mereka telah mempelbagaikan ilmu Fiqh ini dan memperluaskan pengeluaran hukum hakamnya akan tetapi yang teramat mulia dari kesemuanya adalah mengetahui persamaan dan kesesuaian cabang dengan asal dan menyatukan masalah-masalah yang berserakan dalam satu kesatuan kaedah.“
Secara ringkasnya, kegunaan dan kepentingan ilmu Qawa’id Fiqhiyyah boleh kita lihat dalam beberapa perkara berikut:
·         Untuk memudahkan proses pembelajaran cabang dan bahagian ilmu Fiqh kerana mempelajari kesemua cabang dan bahagian fiqh sangatlah luas. Jika diketahui  kaedah-kaedahnya, kesemua perkara ini akan mudah dirujuk.
·         Pengkajian kesemua cabang dan bahagian fiqh jika dihafalkan akan mudah lupa dan jika ingin merujuknya kembali akan sulit dan susah. Manakala kaedah-kaedah  fiqh mudah dihafal dan dirujuk bila-bila masa.
·         Kadang-kadang hukum hakam furu’ pada zahirnya bertentangan satu sama lain di mana ia membuat pelajar dan pengkaji menjadi bingung dan celaru kerana banyaknya persamaan. Di pihak lain kaedah fiqh menyatukan permasalahan fiqh dan menyelaraskan hukum hakam yang ada persamaan kemudian mengembalikan permasalahan cabang kepada permasalahan asal. Ia memudahkan pelajar dan pengkaji untuk menentukan hukum secara jitu.
·         Kaedah fiqh memberikan kemudahan kepada pengamal undang-undang Islam yang bukan pakar dalam bidangnya untuk menelaah hukum fiqh menerusi spirit atau semangat dan esensinyanya, dasar dan tujuannya serta menolong mereka untuk memperluaskan lagi liputan hukum.
·         Kaedah fiqh membentuk dalam diri pencari ilmu kemahiran fiqh yang boleh menerangi perjalanan mereka dalam menelaah dan mengkaji ilmu fiqh di samping memperoleh ilmu fiqh yang kemudiannya boleh digunakan untuk mencari penyelesaian ke atas permasalahan baru dan sering berulang.
“Ketahuilah,” tulis Imam al-Suyuti (w. 911H), “bahwa ilmu al-Ashbah wa al-Nazair (Kaedah-kaedah Fiqh) adalah suatu ilmu yang hebat di mana menerusinya hakikat-hakikat dan esensi fiqh boleh diketahui dan juga hikmah-hikmah serta asal muasalnya. Menerusinya juga seseorang boleh memahirkan dirinya untuk memahami fiqh dan mengumpulkan data-datanya. Di samping itu ia juga membolehkan seseorang mencari persamaan hukum dan mengeluarkannya dan mengetahui permasalahan yang belum tertulis dalam kitab fiqh serta kejadian-kejadian yang tak pernah kunjung padam. Oleh itu, sebahagian ulama kita (Mazhab Shafi’i) berkata ‘ilmu fiqh adalah mengetahui persamaan masalah’.”

Penutup
Perbankan syariah di Asia Tenggara dari sudut banking without bank telah wujud sejak kemasukan Islam ke rantau ini. dalam era modern, ia mempunyai corak baru yang disesuaikan dengan peredaran zaman. Perbankan syariah berasaskan kepada fiqh mu’amalat dalam operasinya dan pelaksanaan fiqh mu’amalat tidak terlepas dari penerapan kaedah-kaedah fiqh.

0 comments:

Post a Comment